Oct 25, 2009

ini perihal surat cinta gua


amaran
:sile pakai seatbelt ya.entri ini panjang.

disebabkan mataku ini masih lagi luas terbukak.malam pun masih muda.internet malam memang laju.sambil perkenakan air kopi bancuhan sendiri.perghhh~rasa macam dunia ini kau yang punya!

so berlegar2 lah si kutu rayau ini sambil menghirup kopi, melompat dari satu belog ke belog.lompat katak lompat bintang lompat galah lompat pagar dan juga lompat tali.akhirnya baik punye landing atas belog ini.Arifjer Blog.

tajuk entry nye mengenai surat cinta.seronokk aku baca.terbahak2 jugaklah gelak.kelakar kot.teringat aku time zaman sekolah dulu2.darjah 6.kali pertama aku mengarang surat cinta kepada seorang gadis bernama Lisa.pergh.mati aku kalau die baca.tapi tak apa ini semua cerita lama.

syok aku mengarang berhari2.40 hari 4o malam lagaknya aku karang.jumaat.aku siap karang.plan aku, hari ahad nak kasi dia.aku dulu sekolah kat kelantan.ahad kita orang sekolah.siap je karang,aku lipat2 elok letak celah buku.sampul aku belum beli lagi.ingat nak buat sendiri jimat sikit duit.buku tu aku simpan dalam beg.rapi.

sabtu,esok hari,awal2 pagi aku dah keluar bermain dengan rakan2 sepermainan.kita orang main bola katok.ala2 besbol.kayu + bola tenis tu.time tu menatang tu memang popular.tamat main.aku pulang ke rumah.sampai saje di rumah.alangkah tergamam nak tercirit pun ade apabila aku lihat beg aku luas ternganga.buku aku bersepah2.dekat tangan adik aku terdapat...

terdapat sepucuk surat.aku kenal surat itu.ya.itu surat aku.die menuju ke arah mem besar.die kasi surat kat mem.mem bukak.dup dap dup dap dup dap.mem baca.sekeping hati dibawa berlari~ mem pandang aku.ibu ibu engkaulah ratu hatiku~mem koyak surat tu depan aku menjadi sekecil2 zarah.owh tidak!!!hancur hatiku..mengenang dikau..jadi keping2~mem letak zarah2 tersebut kat atas tapak tangannye dan ditiup ke muka aku kemudian die gelak besar.muahahahahaha.pergh!! okayh! aku reka part ni. ;P

makk!jerit hati kecilku.muka aku merah padam.malu bercampur marah.aku lari keluar membawa diri sambil menahan nafas dan juga menahan kentut.tak jadi cirit.aku langgar semua yg aku jumpa.aku lari ke taman permainan.aku tengok rakan2 aku masih lagi bermain bola katok.mereka tak nampakkah aku tengah bersedih ni.tak ade yg sudi dtg memujukk kaa?aku sedih.aku amik kayu keras itu.kemudian aku.....aku........aku pun turut join main!

-tamat-

dekat belog Arifjer Blog juga,aku jumpa 2 pucuk surat ini.surat cinta rock kapak dan surat cinta saintifik.sumpah kelakar.amaran: kencing dulu sebelum baca. ;P


Surat Cinta Rock Kapak

Salam,

Amacam awekku? Lu orait ke? Wa harap lu ok-ok je..

Awekku, gua telah membaca surat lu tempohari. Apasal lu buat cenggini kat gua? Selama ni cintan gua terhadap lu bukan main. Lu ingat gua main-main ke? Cintan gua mendalam very deep you know! very deep purple! Lu tak perasan ke?

Apa yang kurangnya gua ni? Cuba lu cakap! Gua ni tak cukup hensem ke? Atau lu sudah ada balak lain? Lu sound gua beb! Mentang-mentang lu keja opis, lu ada skandal dengan mat despatch kat opis lu tu! Mamat poyo tu lu nak? Apa barang?!! Setakat mat despatch, kalau lu nak tau, gua dulupun pernah mintak jadi cikgu tapi tak dapat. Bukan pasal gua takde kelayakan tapi tadika kemas jarang amik cikgu lelaki. Lagipun jiwa gua lebih kepada seni. Tiket konsert gua semua habis jual! Sebab tulah gua jadi tukang jual tiket konsert funfair buat sekian lamanya sampai tauke funfair tu tak offer kat onglain.

Gua memang betul-betul tak puas hati ni! Lu memang bikin gua panas! Sampai hati lu buat macam ni kat gua setelah apa yang gua dah kasik kat lu. Lu ingat gua ni apa?!!

Awekku, lu ingat tak dulu sewaktu lu & gua first time jumpa? Masa tu hujan. Lu takde payung. Lu lari pegi kat bus stop. Lu basah kuyup. Kesian pulak gua tengok lu kesejukan. Gua bukak jeket gua pastu kasik lu pinjam. Baek punya gua usya. Start tulah lu & gua sama-sama sudah feeling-feeling. Gua ingat lagi lagu "antara gadis" masa tu kita layan menjadi lagu tema cinta gua kat lu. Gua selalu nyanyi lagu tu kat talipon public. Lu tak ingat ke? Ke lu dah lupa?!!

Pehal lu buat cenggini?!! Gua dah tangkap cintan maut kat lu wo! Janganlah buat gua macamni! Kalau lu tak suka cara gua lu cakaplah! Janganlah kerana besday lu gua hadiahkan t-shirt metallica, lu buat camni pulak kat gua. Gua tau sapa gua. Gua memang macamni, rocker sejati! Lu pun tau sapa gua. Dulu lu takdepun macam ni. Lu tak kisahpun! Lu layan selamba je. Tapi kenapa sekarang lu berubah? Nampak je gua rocker tapi gua pun beriman jugak, beb! Sembahyang jumaat tak tinggal wo!

Lu pikirlah sindri, beb! Gua dah curahkan segala-galanya kat lu. Gua dah sound mak bapak gua nak meminang lu. Gitar Gibson secondhand gua tu gua dah gadai. Gua buat modal nak kawin dengan lu. Cayalah cakap gua! Gua tak tipu! Betul cakap lu! Gua harap lu pikirlah baik-baik, beb! Gua dah takde awek lain lagi. Lu sorang jelah yang gua cinta. Awek lain gua usya diorg tak layan gua cakap lu! Gua tak tipu! Betul punya cakap lu!

Akhirkata dari gua, kenang gua dalam doa makan malammu. Semoga lu berbahagia, beb!

Yang Benar,
Rockersejati


Surat Cinta Saintifik

Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya dibawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurika nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama molekul-molekul hidrogen menerjang segala kekusutan yang membelit tali perutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora dan shahdu.

Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut,beruang kutub, penguin, kambing salji, mee rebus, cendol, koridor, kotak pensil, tali kasut dan pasu bunga.Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka.Kau dan aku umpama Kurt Cobain dan Rafeah Buang yang tidak dapat dipisahkan. Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Ziku itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak lipan di Burma. Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998.

Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok getah secara besar-besaran di Lembah Klang. Pemergianmu menyebabkan aku menghidap penyakit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut. Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan. Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi. Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke ruang angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi setelahaku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke rubber-set. Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap dan ditemani stlagit dan stlagmit yang bagai sembilu.

Kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal dan kipas helikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT-1 ke ruang angkasa raya. Sejak itu kau sering melarikan diri bila terserempak dengan abang iparku. Akhirnya aku menyedari bahawa diri ini tidak diperlukan lagi.

Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik untuk mengisi masa lapang. Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang rumah agar nampak lebih cantik. Saban hari aku termenung di dalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang entah kemana menghilang. Aku cuba bermain badminton sambil makan mi hailam untuk melupakanmu, tetapi aku tak berdaya. Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah empat ekor itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah.

Mengapa? Mengapa sayang? Mengapa ini semua bisa terjadi? Mengapa setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan di atas belakangku. Derita yang kautimpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor anak beruk. Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis pula keretapi Komuter hingga aku hancur berkecai. Oh! terlalu berat dugaan yang kutempuhi kini.

Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku hanya insan biasa yang suka makan mi segera. Aku bukan McGyver, McDonald's, Superman atau Kesatria Baja Hitam. Aku juga bukanlah Ultraman seperti yang kau idam-idamkan. Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri. Tak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi capati dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun luput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang untuk dibuat makanan lembu.

Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini, diatas pokok getah ini aku tetap menunggu kau akan kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada kompleks membeli-belah SOGO, selagi ada kedai kasut selipar di sekitar Argentina, selagi kumpulan Metallica tidak berpecah, aku tetap menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan. Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka. Akhirnya aku mengambil keputusan mektamad untuk menunggu tiang elektrik dihadapan rumahku berbuah. kalau tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan buahnya kepadamu. Nak tak?


si blogger's thought;
"aku sanjay, kau sanjanna.ini rahsia!" -kami-
tak boleh blahh! hahahaha. ;D
...dan itu aku.

58 comments:

Yuki Yusuf said...

nasib baek pakai seat belt.

tapi terpelanting jugak

hahahahahaha~

sakit perut nak termuntah-muntah da ni..

Pais Mais said...

ni jewang berapa karat ni?? haha

Unknown said...

tu bukan ayat jiwa...
sakit jiwa ader la...

kimisai said...

hahaha
harap2 surat ko dulu lebih bermoral ..
hahahaha

kim slm lisa..

Bulan Dilangit Osaka Biru said...

AKU TELAH MENDAPAT 1 IDEA.. AKU NAK BAGI SURAT CINTA YANG BRUTAL TU KAT BALAK AKU.. THANK YE, SEBAB BAGI ILHAM

apan lee said...

Koyuki:

ades.aku lupe nak suruh pakai helmet sekali. ;P

apan lee said...

Pais Chaos:

18 karat wo!

apan lee said...

Ries Lee:

hahahaha.kau jgn terpengaruh.rilek2 sudey.

apan lee said...

kimisai:

hahaha.of coss!

kim slm lisa?demm -_-

apan lee said...

Bulan itu kau:

haha.aku tak berani tanggung effect nye nanti ya!same2 bulan. ;P

Ibu Ammar said...

hahaha...dah penah baca surat cinta rock kapak tu..

apan lee said...

cik muda sarah:

kau awek rockersejati tu? ;P

imHepPie said...

surat dari akauntan xde ke...sure cita sal duit je

iamredranger said...

pnjg gle entri ni.
aku siap pakai helmet tau.
hahaha.

sbananye mse kecik2 dulu,
aku dh lame nk kasi surat kt ko..
tp mem besar aku amek surat tu wat bakar smpah..sedih kn?
kite senasib..haha.

p/s:yup.ni gmba hayley williams.die sgt style kn?hihi.

acap rahman said...

sweet laaa..
nk g kedai kejap.
nk bli ketas kajang selai.
nk bli pen sbatng.
nak tulis surat cinta.
surat cinta buat sang gadis.
auww. :D

ninim said...

hahhahaha.tak pernah dapat surat cinta..ngeee

apan lee said...

imHepPie:

isk.mate duitan la kau ni.ade2.nanti aku post kat kau. ;P

apan lee said...

Adjla Hafizin:

hahaha.hebat dowh kau!

ades.mem besar kite berdua garang ya!

p/s:yeah!she's hott.so yeah!!

apan lee said...

acap:

pegi2.belikan aku nini cokelat celup sekali ya! ;P

apan lee said...

ninim:

belum sampai seru lagi kot ninim.sabar ye.nak aku tulis satu untuk kau??haha. ;P

imHepPie said...

ko nk pos kt aku ke..aaa sungguh terharu...aku suka bca2 pasal dwet neh

Anonymous said...

hehehehhehe...teringat lak centa ku masa kecik dedolu...hehehe

Anonymous said...

anip...
mne surt cnte ntok bubu...
ahhahahah

acap rahman said...

xnak.
ak nk bli coki-coki.
perisa susu.
boleh?

apan lee said...

imHepPie:

erm.mata duitan lah ni.tapi takpe.kita satu kepala. ;P

apan lee said...

miss jane:

dengan sape?dengan sape dengan sape weiii? ;P

apan lee said...

bubu253:

tengah asap + jampi.belum siap lagi laa.hahahha.

apan lee said...

acap:

tak boleh!aku nak nini cokelat celup2 laaa.adoi!haha.

DaliaLiyana said...

adik RQ....r u ok?? ke ko?? hehhehe...nnt bg akak satu surat cinta....hehhehhee...

Anonymous said...

uit. pnjg gleee. smpt nak bace. tp ku nmpk surat tu. hehe.


*xtau nk komen pe. aduyai.

Anonymous said...

hahhaha...
gila lwk...pts urt prot woo... srt cinta saintipik xley blah...
ayt da mcm bebunga xbebunga..hahha...kalo ak dpt surt cani, mau tekentot2.. hahahha

AimiBakar said...

x romantik langsung !
hahahaha
aku ade koleksi surat cintan parents aku :P
AHAHAHAHAHA

acap rahman said...

ko bli sndrii

farah said...

surat cinta saintifik tu sumpah buat aku gelak.

haih.

ahhhaha

apan lee said...

DaliaLiyana:

adik? -_-"
haha.boleh jugak.nanti send kat my email okayh. ;P

apan lee said...

Ftyyhahh:

panjang.sebab tu suruh pakai seatbelt.haha.kau dah komen laa.tayah susah2 pikir. ;P

apan lee said...

told la hejauw:

hahaha.surat cinta saintifik sgt tak boleh blah!!banyak kali kot aku ulang bace.

tanx singgah.

apan lee said...

AimiBakar:

romantik ape~
wouh!kasi aku aku nak bace jugak! ;P

apan lee said...

acap:

duit??haha

apan lee said...

farah:

hehe.aku pun asik tergelak bile sampai part saintifik tu.

Amal said...

sengal giler!!!!
hahaha

Anonymous said...

seat belt aku longgar. lain kali suruh sediakan pop corn skali lah!

apan lee said...

miss siv:

yeah!totally sengal! ;P

apan lee said...

YobSumo:

okayh!next time aku sedia popceorn!heh.

PuanPepel said...

gelak :))

senyap.


gelak lagi :))


adeyh...sakit perut aku dol...sib bek aku pkai seatbelt td..klu x mahu tplanting gk....

shazleenhairuddins said...

hahaha
alkisah dikaw ni serupe mcm owg ta pena dapat suwat chenta seumur hidupnye.hehehe
anyway,i luv ah story chenta si saintipik uh.sumpah kalau aku dpt mamat yang cenggini,aku mintak die bawak aku g bulan purname nun.:D

pasnih wat ah suwat chenta zaman dulu2 kew.suwat chenta si haiwan ke.suwat chenta dari si hantu2 kew.mesti besh :D

beskot said...

ak da bc smpi abes..
tp ak pki tali pinggang je..
xde pape effect..
sbb ak Mr Cool kn.kakaka..

ak ske part ayat ade nasyid ngan lagu tu.
stylo..
ak mau tau kesah cinta lg..sila cte di entri akn dtg..
hoho..

apan lee said...

mier@merr:

woo sekejap gelak sekejap senyap cuak dowh.mental ke ape.ekekeke.
;P

sebab tu aku bagi amaran.hehe.

apan lee said...

shazie_craziee:

mak aii shaz.kau igt aku cikgu bm ke ape nak check esei kau ni. T.T

baik2 shaz.akan aku usahakan. ;P

apan lee said...

Aku Beskot:

helmet?bahaye wo kau tak pakai.

berape bintang kau bagi?aku nak lapan boleh?haha

PuanPepel said...

oi...senyap sebab da penat gelak...rest jap...haha....

acap rahman said...

mintak mak tok.
har.har.har.

Anonymous said...

haahaha..giler sengal surat cinta.
kan best kalo dpt surat cinta gini.perghh..~

apan lee said...

mier@merr:

owh!okayh2!take time rehat. ;P

apan lee said...

acap:

kupikk!

apan lee said...

itafukada:

hah amik lah.aku dedikasikan untuk kau.agagaga.

Anonymous said...

hhahaha
anip knpe kne asap n jmpi lak..
hehe
cmnie ble nk siap..
nie pon xdpt lgie..
cmner?huhuh

apan lee said...

bubu:

haha.baru berkesan.tapi lambat lagi nak siap.29 hari lagi.wakaka.

bubu, main polis sentry jom! ;P

15Malaysia
 

Get this and more blogger templates free at "Free Blogger Help"